Panasnya Hari Ini

Polis Bantah Cadangan Halalkan Ganja -Khalid

KUALA LUMPUR: Pihak polis membantah cadangan berkenaan menghalalkan pengambilan dadah jenis ganja di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bekata, polis tidak akan sesekali menyokong tindakan tersebut.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beliau turut menegaskan bahawa belum tiba masa untuk pihak berkuasa bersikap liberal dalam isu berkenaan.

Tegasnya, masih ramai anak muda yang menyalahgunakan ganja sebagai permulaan sebelum mengambil dadah yang lebih berat atau keras.

“Daripada segi agama Islam pun ia menyalahi ajaran, bukan sahaja setakat Islam. semua agama lain juga tidak membenarkan penganutnya dalam ketagihan ini (dadah).

“Jadi kita tidak sokong sesekali malah membantah dadah jenis ganja dihalalkan untuk digunakan secara terbuka dan mudah,” katanya, lapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian untuk mengulas mengenai tindakan beberapa pihak yang mahukan ganja berkenaan dihalalkan penggunaannya termasuk untuk tujuan perubatan.

Sementara itu, beliau berkata, sekiranya ganja ingin digunakan untuk tujuan perubatan, ia tidak seharusnya digunakan dengan sewenang-wenangnya sebaliknya dengan mematuhi syarat dan kawalan ketat.

“Sebagai contoh dadah jenis morfin juga ada kegunaan sebagai perubatan, tapi dengan kawalan ketat perubatan. Kalau benar (ganja) ada kualiti untuk perubatan, ia mesti dibuat secara betul,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");