Jenayah

Polis cari saksi kes rogol tiga tahun lalu

TAIPING – Polis sedang menjejak seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol pada 2013 di Pokok Assam dekat sini.

Saksi berkenaan berkenaan dikenali sebagai Mahmud Fauzi Din, 60, dengan nombor kad pengenalan 560203-08-5549 dan alamat terakhirnya, No. 2341, Lorong 7, Larut Tin, Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata lelaki berkenaan mempunyai saiz badan sederhana dan kulit cerah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Norlaila Sulaiman di talian 05-8291222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");