Jenayah

Polis serbu bengkel kereta

Jitra: Polis menahan empat lelaki bersama tiga pistol dan sejumlah dadah dalam serbuan di bengkel kereta di Jalan Kangar-Kodiang, di sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya, berkata sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menyerbu bengkel terbabit, kira-kira 12.30 tengah malam semalam.

Katanya, polis menahan dua lelaki berusia 25 serta 43 tahun disyaki pekerja premis itu.

Beliau berkata, suspek pada mulanya cuba melarikan diri tetapi ditahan selepas berlaku pergelutan.

“Hasil pemeriksaan dalam beg silang milik suspek menemui tiga pistol, empat kelopak mengandungi 19 peluru, satu paket lutsinar berisi dadah jenis heroin dan sembilan paket lutsinar berisi syabu bernilai RM1,950.

“Pemeriksaan lanjut dalam bengkel itu menemui dua lagi suspek berusia 36 dan 41 tahun disyaki pekerja lalu ditahan untuk siasatan,” katanya pada sidang media di IPD Kubang Pasu, di sini, hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari, bermula semalam, untuk siasatan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 39A (1) akta sama.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");