Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Preity Zinta Akan Lelong Gambar Kawin Untuk Kebajikan

KUALA LUMPUR: Pelakon Bollywood yang terkenal dengan filem ‘Kal Ho Naa Ho’, Preity Zinta, dilaporkan akan mengahwini kekasihnya, yang berasal dari Los Angeles, Gene Goodenough, pada April ini.

Pasangan itu memutuskan untuk melelong gambar perkahwinan mereka untuk tujuan kebajikan.

“Mereka akan melelong gambar kahwin dan keuntungan yang diperoleh akan disalurkan kepada Yayasan Priety Zinta,” kata sumber memetik laporan Berita harian.

Menurut sumber, Yayasan berkenaan memberi tumpuan kepada pendidikan kanak-kanak dan pemulihan rumah lama dan Preity Zinta juga difahamkan sudah lama terbabit dengan beberapa pertubuhan kebajikan tetapi tidak mahu menghebahkannya.

Bagaimanapun, kata sumber, kali ini, Preity dan Goodenough mahu meraikan saat terindah dalam kehidupan mereka dengan berkongsi bersama masyarakat.

Terdahulu, Awal bulan ini pelakon itu telah tampil menafikan laporan perkahwinannya di Twitter.

Difahamkan seorang peminat menulis tweet, ‘menyebut namanya saja mencetuskan kekecohan’, dan Priety membalas: “Jadi, gunakan nama saya dengan cara lebih baik. Bantu meningkatkan kesedaran untuk golongan kurang berkemampuan, jadikan dunia berbeza. Bukan berita ini.” balas pelakon berlesung pipit itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");