Sukan Hari Ini

Provokasi kaum sebabkan perlawanan dihentikan

PERTEMBUNGAN antara Lazio dan Napoli berlangsung dengan kontroversi selepas tindakan penyokong tuan rumah yang membuat provokasi perkauman sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama tiga minit.

Pengadil perlawanan, Massimiliano Irrati mengambil keputusan untuk memberhentikan perlawanan pada minit ke 68 selepas pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly diejek dengan unsur perkauman oleh penyokong Lazio.

Namun begitu, selepas berunding dengan jurulatih serta pegawai perlawanan, Irrati mengambil keputusan untuk meneruskan semula perlawanan berkenaan.

Lazio dikenakan hukuman denda serta sekatan di stadium bagi dua perlawanan Serie A ekoran daripada insiden perkauman tersebut.

Pasukan dibawah kendalian Lazio Stefano Pioli itu dikenakan denda 50,000 euro dengan keseluruhan kawasan tempat duduk Curva Nord (North End) di Stadium Olimpik ditutup bagi peminat untuk dua perlawanan liga.

Dalam pertembungan tersebut, Napoli berjaya memepamerkan aksi terbaik selepas menewaskan Lazio 2-0 hasil jaringan Gonzalo Higuain dan Jose Maria Callejon sekaligus mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju liga.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");