Panasnya Hari Ini

PTPTN: Tampil Sebelum Tindakan Diambil -Shamsul

KUALA LUMPUR: Sehingga Disember 2015, seramai 622,000 orang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghadapi masalah dalam menjelaskan hutang mereka.

Memetik laporan Astro Awani, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kesemua peminjam berkenaan boleh mendapatkan khidmat nasihat melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Tegasnya, peminjam digesa untuk mengambil langkah berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan.

Ujanya, khidmat nasihat berkenaan bertujuan untuk membantu peminjam bagi menstruktur semula pembayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan mereka.

“PTPTN akan terus mengamalkan sikap mesra pelanggan tetapi jika kita tidak mempunyai pilihan lain, maka kita terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan sebagaimana yang diambil oleh insitusi kewangan lain,” katanya.

Sehingga Disember 2015, seramai 1.8 juta peminjam PTPTN masih belum membuat pembayaran balik dengan jumlah hutang mencecah RM15.3 bilion.

PTPTN telah berjaya mengutip RM7.1 bilion daripada 1.2 juta peminjam, iaitu hampir 47 peratus sepanjang tempoh itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");