Sukan Hari Ini

Puas satu mata

Johor Bahru: Walaupun terlepas meraih mata penuh pada aksi pembuka tirai Liga Super musim ini, pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Mario Gomez tetap berpuas hati apabila mengekalkan Piala Sumbangsih untuk musim kedua berturut-turut.

Selepas 90 minit bertarung pada aksi yang dikuasai Johor DT, kedudukan 1-1 kekal untuk skuad Harimau Selatan dan Selangor berkongsi satu mata sehingga penentuan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

“Permulaan yang baik buat Johor DT kerana kami berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih dan saya amat bangga dengan kesungguhan ditunjukkan setiap pemain dalam perlawanan itu.

“Kami cuma hilang tiga mata dan satu mata yang diraih bakal menaikkan moral pemain bagi mempamerkan aksi cemerlang pada aksi seterusnya. Saya optimis pemain akan bangkit.

“Kami menguasai perlawanan terutama pada babak pertama, malah ada lima dan enam peluang menjaringkan gol tapi gagal melakukan sentuhan penyudah. Apapun, gandingan Juan Martin Lucero bersama Jorge Pereyra Diaz perlu diperkemaskan lagi.

Mengulas corak permainan Johor DT pada perlawanan itu, Gomez mengakui betapa aksi babak kedua, corak permainan kesebelasan pemainnya beraksi dengan perlahan dan sepatutnya corak itu tidak wajar dipratikkan.

Katanya, perlu ada keseimbangan antara babak pertama dan kedua, sama ada beraksi dengan pengawalan lebih rapi dan mengelak lawan daripada merampas bola selain perlu agresif dengan corak serangan pantas.

“Ketika kami perlahankan permainan, lawan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma,” katanya merujuk kepada jaringan Hafiz Kamal.

“Untuk perlawanan menentang Terengganu FC II, saya mungkin merehatkan beberapa pemain kerana kami perlu harungi Piala FA pada 19 Februari, disusuli Piala AFC, 25 Februari,” kata Gomez.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");