Panasnya Hari Ini

Rafizi Saran Najib Lantik Pengerusi Tabung Haji Yang Baharu

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberi saranan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik pengerusi baru bagi Lembaga Tabung Haji untuk mengembalikan keyakinan rakyat dalam menguruskan agensi itu.

Memetik sumber Malaysiakini, beliau menegaskan bahawa lantikan baru tidak itu tidak perlu dari kalangan ahli politik.

“Adalah menjadi keutamaan untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada Tabung Haji dengan segera supaya penabung berhenti mengeluarkan deposit dan orang ramai mula menabung kembali di dalam Tabung Haji.

“Tindakan paling mudah untuk mengembalikan keyakinan rakyat adalah menukar Pengerusi Tabung Haji dengan melantik pengerusi baru yang lebih berkelayakan dan bukan dari kalangan ahli politik,” katanya.

Tabung Haji kini diterajui oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tambahnya lagi, hasil kaji selidik rawak di media sosial mengenai isu ini mendapati sebahagian besar responden meminta agar Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz yang dijadualkan bersara pada April depan tampil menerajui agensi itu.

“Sentimen umum rakyat melalui kaji selidik rawak di media sosial jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan Pengerusi Tabung Haji sekarang iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditukar.

“Ia juga menunjukkan bahawa imej Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di mata rakyat adalah tinggi dan majoriti besar mahukan beliau menerajui Tabung Haji sebagai pengerusi yang baru selepas ini,” katanya.

Katanya, maklumbalas dari kepimpinan kerajaan termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum berjaya membendung keresahan para pendeposit kerana sehingga kini masih tidak menjawab isu-isu yang ditimbulkan.

Tambahnya lagi beliau akan terus membongkar mengenai pelaburan Tabung Haji yang didakwa mengalami kerugian dan menimbulkan persoalan sama ada wujud campur tangan politik di sebalik keputusan pelaburannya.

“Jika tidak ditangani dengan baik oleh Najib, keadaan ini akan berlarutan dan sedikit demi sedikit akan menghakis keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mendakwa Lembaga Tabung Haji menanggung kerugian atas kertas RM933 juta melalui pelaburan dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Ujarnya disebabkan kerugian itu Tabung Haji masih mengekalkan sahamnya dalam syarikat perladangan yang disenaraikan itu walaupun pendapatannya menurun kerana wujud campur tangan politik.

Bagaimanapun Tabung Haji dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pelaburannya dalam saham FGV adalah pelaburan strategik jangka panjang dalam salah satu sektor pelaburan terasnya.

TH menasihati para pendeposit supaya tidak perlu khuatir kerana wang mereka tidak hilang seperti yang hebahkan berikutan ia simpanan mereka adalah dijamin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");