Panasnya Hari Ini

Rakyat Keliru Lihat Pembangkang Kini Celaru

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merasakan rakyat pastinya berasa kecewa dengan kecelaruan dalam kalangan parti pembangkang kini.

Ujarnya, parti pembangkang seharusnya sedar bahawa rakyat ingin parti pembangkang bersatu dan bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain.

“Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui kerajaan kini. Malangnya hari ini, selain UMNO-BN, yang menambah duka dan derita rakyat ialah kecelaruan di kalangan parti pembangkang.

“Rakyat ingin melihat pembangkang bersatu – bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain,” katanya menerusi surat terbuka beliau, hari ini memetik laporan Freemalaysiatoday.

Terdahulu PKR menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memecat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang mengakibatkan hubungan PKR dan DAP retak ketika ini.

Tambahnya parti pembangkang harus bangkit dengan berpolitik secara matang dan memikirkan ke arah gagasan besar demi menyelamatkan Malaysia.

“Rakyat perlu memberikan mesej kepada para ahli politik bahawa mereka perlu bekerja untuk undi kamu dan bukannya sekadar mengambil kesempatan dengan mengganggap rakyat secara automatik akan mengundi mereka jika mereka menolak satu pihak yang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");