Panasnya Hari Ini

Ramai Ahli Pas Akan Masuk Amanah – Salahudin Ayub

KUALA LUMPUR:Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan dakwaan PAS bahawa terdapat ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana merasa tidak yakin dan keliru dengan perjuangan parti baharu itu.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, menurut Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS seperti khabar angin yang tersebar kini.

Ujarnya, bagaimanapun senario lain berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang didakwanya kini sedang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.

PAS juga katanya semakin keliru daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.

“Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.

“Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan semalam menyatakan bahawa kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");