Sukan Hari Ini

Richel catat rekod baru

Paris: Belanda melakar kejutan apabila mendahului Russia 2-0 pada Piala Fed kelmarin selepas kemenangan empat jam Richel Hogenkamp (gambar) ke atas Svetlana Kuznetsova mencetus rekod perlawanan perseorangan terlama pada kejohanan itu.

Richel, pemain nombor 141 dunia, menyelamatkan mata penamat sebelum menang 7-6 (7/4), 5-7, 10-8 ke atas pemain nombor 17 dunia Svetlana, bekas juara Grand Slam dua kali pada perlawanan peringkat Kumpulan Dunia di Moscow.

Catatan masa empat jam itu adalah perlawanan terlama perseorangan dalam sejarah Piala Fed, mengatasi rekod terdahulu pada 2005 apabila Vilmarie Castellvi dari Puerto Rico menewaskan Aleksandra Wozniak dari Kanada dalam masa tiga jam 49 minit.

Terdahulu Kiki Bertens, pemain ranking ke-106 meletakkan pasukannya 1-0 di depan selepa menundukkan pemain ranking ke-31 Ekaterina Makarova 6-3, 6-4.

“Saya amat gembira kerana berjaya menjadikan kedudukan 2-0,” kata Richel yang menyelamatkan mata penamat pada kedudukan 6-7 pada set penentuan.

“Sudah tentu berasa hebat untuk memenangi perlawanan terlama dalam sejarah Piala Fed.

“Saya cuba bermain dengan cara sendiri dan ia menjadi. Ia keputusan yang bagus pada hari pertama tapi dalam Piala Fed anda perlu menang tiga perlawanan jadi kami belum pasti lagi menang.” – AFP/HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");