Panasnya Hari Ini

RM2.6b: Dana Untuk Pelaburan, Bukan Derma Politik -Menteri Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjumlah RM2.6 bilion dipercayai bertujuan untuk pelaburan, dan bukannya sebagai derma politik, kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.

Bleiau berkata demikian ketika ditemubual dengan New York Times, meskipun beliau menerima pendapat yang dikeluarkan oleh Peguam Negara bahawa tidak wujud sebarang salah laku, bagaimanapun beliau tidak terfikir wang tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi bagi tujuan derma dana politik.

“Ia adalah milik persendirian warga Arab Saudi, saya percaya dana itu untuk tujuan pelaburan di Malaysia,”katanya, memetik laporan Mstar.

New Yorks Times turut melaporkan bahawa seorang ahli keluarga diraja yang tidak mahu dikenali turut mengesahkan bahawa wang tersebut bukanlah untuk derma dana politik.

“Individu tersebut mempertikaikan jumlah yang dilaporkan tetapi memberitahu pemberian wang tersebut sebagai sebahagian daripada perjanjian perniagaan,”lapor akhbar tersebut.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan oleh Najib berkaitan kertas siasatan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain mengarahkan kertas siasatan tersebut ditutup.

Kertas siasatan tersebut termasuklah dana RM2.6 bilion dan yang berkaitan kes SRC International.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");