Panasnya Hari Ini

RM2.6b : Najib Tidak Perlu Bayar Cukai – CEO LHDN

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Mohd Shukor berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berikutan ‘derma’ yang diterimanya sebanyak RM2.6 bilion dari seorang putera Arab Saudi.

Mohd Shukor yang juga Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berkata demikian ketika ditanya sama ada sumbangan politik boleh dicukai atau tidak yang merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib.

Jelas beliau lagi seperti yang dilaporkan oleh portal berita MalaysiaKini, jika pendapatan tidak tertakluk kepada pendapatan, LHDN tidak boleh mengenakan cukai dan derma politik tidak tertakluk kepada cukai.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Najib perlu membayar cukai berikutan terdapat sejumlah wang yang besar berada di dalam akaun peribadi milik Najib.

Isu wang derma RM2.6 bilion menjadi isu hangat sejak penghujung tahun lalu apabila pelbagai spekulasi wujud berkaitan wang tersebut di mana Najib mendakwa wang tersebut adalah derma politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");