Sukan Hari Ini

RSGC lapangan tradisional

Kuala Lumpur : Bintang Jerman Martin Kaymer berharap lapangan Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) akan memberi tuah kepadanya dalam menghadapi Kejohanan Maybank Malaysia, bermula hari ini.

Ini kerana bagi pemain yang pernah memenangi 11 kejuaraan Jelajah Eropah itu, RSGC memberikan cabaran cukup berbeza dan dia sendiri sangat gemar beraksi di lapangan dilabel sebagai ‘tradisional’ itu.

“Sememangnya sudah banyak kali saya beraksi di Malaysia tapi RSGC lapangan paling digemari.

“Saya membesar dan bermain dalam suasana lapangan lama yang mempunyai banyak pokok. Ia mengingatkan saya kepada kampung halaman.

“Kejohanan ini menawarkan cabaran yang sangat menarik. Anda perlu beraksi dengan baik di lapangan seperti ini,” katanya pada sidang media semalam.

Meskipun tampak kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini, Kaymer yang kini menduduki ranking ke-36 dunia berkata, dia sudah bersedia untuk bangkit semula.

“Saya tidak terlalu memikirkan untuk berada di kedudukan nombor satu dunia, sebaliknya lebih gemar memenangi satu-satu kejohanan dengan mempamer aksi konsisten,” katanya.

Sementara itu, juara Terbuka Malaysia 2013 Kiradech Aphibarnrat (gambar) dari Thailand turut berharap kejohanan yang julung kali dianjurkan itu akan memberi tuah kepadanya selepas baru melangsungkan majlis perkahwinan minggu lalu.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkahwinan itu, sebaliknya mahu fokus terhadap kejohanan ini.

“Ia disertai ramai pemain bintang dan saya rasa amat bertuah kerana dapat beraksi bersama-sama mereka,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");