Perak Hari Ini

Rumah Musnah

TAIPING: Sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang semalam.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 3 petang semalam.

“Kejadian berlaku di Lot 1 Jalan Menteri Selama,” katanya.

Tambah sumber lagi, kemusnahan akibat kebakaran tersebut didapati sebanyak 75 peratus.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas ‘B’ telah musnah terbakar sebanyak 75 peratus,” katanya.

IMG-20160226-WA0002

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Pihak penyelamat telah melakukan pemandaman dengan menggunakan satu aliran dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,”katanya.

Operasi tamat sekitar jam 3.52 petang semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");