Panasnya Hari Ini

RUU MKN: Peguam Negara, Najib Didesak Ikut Saranan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: PAS menyokong saranan Majlis Raja-Raja untuk menyemak semula beberapa peruntukan di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berikutan itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperhalusi RUU MKN.

Tuan Ibrahim turut memberi peringatan kepada Apandi berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara itu pada 18 Februari lalu yang mahu mengkaji semula beberapa seksyen di bawah RUU tersebut.

Manakala, Perdana Menteri pula sudah mengambil maklum berhubung desakan Raja-raja Melayu itu.

“PAS mendesak Peguam Negara dan Perdana Menteri berhenti mendiamkan diri dan menunjukkan komitmen RUU MKN akan diperhalusi mengikut saranan Majlis Raja-raja dengan memperincikan pindaan yang dijangka dibuat dan tarikh pindaan akan dibentang di Parlimen sebagai tanda menghormati dan menjunjung Rukun Negara kedua iaitu kesetiaan kepada Raja dan negara.

“Diharap Perdana Menteri dan Peguam Negara tidak menggunakan taktik membisu sehingga saranan Majlis Raja-raja dilupakan sama sekali,”katanya, lapor The Malaysian Insider.

Selain itu, PAS juga turut memohon agar Majlis Raja-raja meminta Apandi menilai semula keputusannya yang mengenepikan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes SRC International dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib.

Ini kerana, kata Tuan Ibrahim, isu tersebut masih penting kerana persoalan berkaitan perkara tersebut masih membelenggu rakyat.

“Apakah SPRM yang membersihkan Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan atau Peguam Negara sendiri yang mengambil keputusan berlainan daripada hasil siasatan SPRM?

“Jika SPRM menyarankan agar Perdana Menteri didakwa, apa pula alasan Peguam Negara untuk bertindak sebaliknya?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");