Sukan Hari Ini

Sabine sertai terbuka Malaysia

BEKAS naib juara Wimbledon, Sabine Lisicki mengesahkan penampilan keduanya pada edisi ketujuh BMW Terbuka Malaysia dari 29 Februari hingga 6 Mac depan di Kuala Lumpur Golf and Country Club.

Pemain berusia 26 tahun dari Jerman itu, ingin menebus aib tewas pusingan pertama pada kejohanan tahun lalu apabila dia gagal menepati statusnya selaku pilihan kedua.

Pemenang Jelajah WTA empat kali itu, mengharapkan tahun 2016 lebih memihaknya selepas baru pulih daripada kecederaan dan terpaksa bergelut dalam tiga penampilan pertamanya musim ini di Sydney, Terbuka Australia dan Terbuka Qatar.

Dia bagaimanapun tersingkir pada pusingan kedua pada kedua-dua aksi di Australia bulan lalu, dan terkandas di halangan pertama di Qatar awal minggu ini.

Semestinya Lisicki mengharapkan tuah kunjungan kedua ke Kuala Lumpur supaya dia dapat memulakan kebangkitan terhadap kariernya yang kurang memuaskan ketika ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");