Panasnya Hari Ini

‘Sahabat Mat Sabu’ Tampil Bantu Presiden AMANAH Kutip RM200,000

KUALA LUMPUR: Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Sahabat Mat Sabu’ sanggup tampil untuk mengutip derma bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang berkemungkinan diisytiharkan muflis sekiranya gagal membayar RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Jurucakap ‘Sahabat Mat Sabu’, Adam Adli Abdul Halim berkata, apa yang kumpulannya lakukan adalah untuk kepentingan rakyat.

“Sesiapa sahaja boleh jadi sebahagian daripada ‘Sahabat Mat Sabu’ dan bersetia kawan dengan Mat Sabu.

“Isu yang dia bangkitkan sampai ke tahap menghadapi bankrap dan kita sebagai rakyat bukan tak boleh tolong, kita boleh tolong,”katanya, memetik laporan The Malaysian Insider.

Aktivis mahasiswa itu juga berkata, tindakan mengutip derma itu adalah setimpal dengan jasa Mat Sabu yang sentiasa memperjuangkan isu dan hak rakyat.

“Dalam hal ini lebih pada setiakawan kerana selama ini pun, Mat Sabu banyak bantu gerakan rakyat.

“Beliau bukanlah pemimpin yang jauh daripada gerakan rakyat. Contohnya NGO Bersih, dia banyak bantu. Mat Sabu sentiasa akan ada sewaktu kerja dibawah dan berada di belakang anak muda,”ujarnya.

Adam kini berdepan risiko dipenjarakan kerana kes dibawah Akta Hasutan.

Terdahulu, peguam yang mewakili Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan berkata, pihaknya akan memfailkan petisyen pemiutang terhadap Presiden AMANAH di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan semula ganti rugi itu beserta faedah.

“Notis kebankrapan sudah pun diberikan kepada Mat Sabu pada 3 Februari lalu tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");