Berita Hari Ini

Sambut baik penyusunan semula kemasukan pekerja asing

KUALA LUMPUR – Persatuan Perdagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menyambut baik tindakan kerajaan dalam langkah penyusunan semula kemasukan pekerja asing ke negara ini khususnya dari Bangladesh.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, Perdasama berharap kerajaan dapat menganjurkan program secara besar-besaran bagi menarik belia dari semua kaum untuk merebut peluang pekerjaan dalam bidang diperlukan oleh industri khususnya hasil pelaburan negara luar di Malaysia.

Beliau berkata hasil pelaburan dan kerjasama negara luar ini turut membantu memberikan faedah kepada belia dari segi pengalaman, kemahiran serta memberikan pendedahan kepada bidang industri pembuatan dan pembangunan.

“Dari aspek majikan pula, disarankan agar tidak terlalu menumpukan dan menyamakan nilai gaji warga tempatan dan asing.

“Pengambilan pekerja tempatan yang berilmu dan mempunyai kelulusan pasti membantu industri tempatan untuk lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Moehamad Izat menambah bagi menarik minat belia menyertai bidang kerja ini, bayaran gaji yang munasabah turut harus dikaji sebagai salah satu usaha dan pendekatan mendidik mereka melalui pembelajaran asas.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");