Sukan Hari Ini

Satu mata berharga buat Selangor

PENGENDALI Selangor, Zainal Abidin Hassan memuji persembahan pemainnya yang berjaya mencuri satu mata dalam perlawanan pertama menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.

Kata Zainal, bukan mudah untuk lawan mengutip mata di Larkin menyifatkan pemainnya berjaya menunjukkan aksi cemerlang dengan mengikat JDT 1-1.

Bagaimanapun, Selangor gagal menjuarai Piala Sumbangsih setelah dinafikan oleh penentuan sepakan penalti apabila sepakan kesembilan Selangor diambil Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham tersasar keluar.

“Bagaimanapun memang hasrat kami untuk menjulang Piala Sumbangsih bagi memberi permulaan yang baik musim ini. Tapi nasib tidak menyebelahi kami pada penentuan sepakan penalti.

“Apa pun, satu mata untuk Liga Super yang berjaya Selangor kutip malam ini memang kepujian harus diberikan kepada pemain,” katanya.

Menurutnya, separuh masa pertama, pemain cukup berdisiplin dan rajin mengejar kembali apabila kehilangan bola kepada pihak lawan.

“Cuma kami banyak beri ruang kepada pemain JDT, sekali gus memberikan keyakinan tinggi kepada lawan. Kecederaan Nazmi Faiz Mansor juga menyebabkan saya terpaksa mengubah taktikal.

“Bagaimanapun itu yang dapat kami perbaiki pada separuh masa kedua. Alhamdulillah, kami dapat bermain seperti biasa dan lebih baik daripada separuh masa pertama serta dapat banyak menguasai permainan dan menjaringkan gol,” katanya.

Mengenai gandingan Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi Zainal berkata: “Bagi saya memang mereka tak banyak mencipta peluang.

Tapi ini baru perlawanan pertama.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");