Panasnya Hari Ini

“Saya Harap Dapat Menjawab Dalam Perbicaraan Mahkamah” – Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirakam percakapan oleh pihak Polis hari ini memilih untuk menjawab soalan spesifik berhubung artikel Peguam Negara yang disiarkan di blognya hanya menerusi perbicaraan mahkamah.

Ujarnya, beliau memilih untuk tidak menjawab soalan khusus yang diajukan oleh polis kepadanya berhubung artikel tersebut.

“Saya ada bersama dengan peguam saya. Saya dengar nasihat peguam dan polis tanya berkenaan artikel yang dibuat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Tapi saya tidak jawab soalan-soalan yang spesifik berkenaan artikel itu.

“Saya harap dapat menjawab dalam perbicaraan dalam mahkamah yang mana saya lebih berpeluang untuk menjawab soalan yang diperuntukkan,” ujarnya dalam sidang media selepas selepas dirakam percakapan oleh lima pegawai polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini memetik sumber video dari Freemalaysiatoday.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pihak Polis hanya menyiasat beliau yang disiasat sedangkan terdapat pelbagai pihak lain yang berbicara dan beranggapan tentang perkara yang sama.

“Saya disoal oleh polis sedangkan banyak orang lain bertindak perkara yang sama tapi mereka tidak disoal.

“Apakah ada diskriminasi yang dilakukan oleh pihak pemerintah atau Polis, AG untuk membuat tuduhan keatas saya sahaja dan tidak orang lain yang juga membuat kenyataan lebih kurang sama,” soalnya.

Dr Mahathir turut ditemani oleh lima orang peguam yang mewakili dirinya.

Terdahulu Dr Mahathir menerusi blognya mendakwa, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak akan berani mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan SRC International melibatkan wang RM42 juta dan derma RM2.6 bilion kerana terhutang budi dengan Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");