Panasnya Hari Ini

“Saya Tak Fikir Najib Seorang Watak Penyamun “- Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai seorang pemimpin yang mempunyai ‘ramuan’  tersendiri dalam membangunkan negara dan sama sekali bukannya membawa watak sebagai ‘penyamun’ seperti yang digambarkan oleh musuh politiknya.

Tegasnya lagi, keyakinan terhadap Najib adalah masih kukuh untuk terus membangunkan negara dan parti UMNO amnya.

“Datuk Seri Najib mempunyai segala ingredients untuk melakukannya.

“Saya tak fikir Datuk Seri Najib seorang watak penyamun seperti yang cuba digambarkan atau beliau seorang yang mencari jalan untuk menghancurkan Umno bila naik jadi presiden…tidak,” katanya memetik sumber mStar Online.

Najib dihimpit dengan pelbagai kritikan dan tomahan antaranya berhubung skandal kewangan seperti kes SRC International dan dana derma politik berjumlah RM2.6 bilion.

Ujar Annuar, Presiden UMNO itu perlu mempertahankan kedudukannya kerana beliau masih mempunyai sokongan terutamanya dari parti keramat itu sendiri.

“Parti dan institusi presiden itu intact (tidak terjejas). Bukan kerana beliau perfect tapi kerana dalam struktur parti, kami merasakan beliau menunaikan tanggungjawab.

“Kalau Datuk Seri Najib tidak ada dalam parti, adakah boleh jamin pengganti beliau itu tak boleh diserang oleh sesiapa? Adakah orang baharu itu boleh buat lebih daripada Datuk Seri Najib? Kami tak nampak begitu.

“Bagi kami sekarang ini presiden kita menunaikan tanggungjawabnya, beliau bertahan diri dengan segala serangan yang ada padanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");