Panasnya Hari Ini

“Saya Tiada Berbilion Dolar Dalam Akaun Peribadi”- Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau memiliki aset berjumlah ‘berbilion’ ringgit.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang terkandung di dalam buku bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.

“Saya tiada apa-apa, ketika bersara kerajaan ada ditawarkan tanah percuma, tetapi saya tolak. Saya bayar untuk tanah itu,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya, beliau mampu mengumpul simpanan ketika menjadi Perdana Menteri kerana perbelanjaannya pada waktu itu telah ditanggung kerajaan.

“Saya tiada berbilion dolar dalam akaun peribadi,” katanya selepas melancarkan Pesta Ehime di Isetan, KLCC hari ini.

Terdahulu, Presiden NGO pro-kerajaan, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao menggesa Dr Mahathir supaya membuat pengisytiharan harta.

Difahamkan desakan itu dibuat berikutan serangan berterusan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan rasuah dan pembaziran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");