Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Pernah Direkrut Oleh Sesiapa’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa beliau ‘direkrut’ oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menyelamatkan Malaysia.

Jelasnya lagi, beliau menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang itu adalah sekadar pandangan peribadi.

“Saya tidak pernah direkrut oleh sesiapapun untuk menegakkan kebenaran.

“Apa yang saya suarakan selama ini adalah lahir daripada kesedaran saya sendiri mengenai nasib yang menimpa rakyat dan negara,”ujarnya menerusi catatan di Facebook beliau, malam tadi.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu, menyatakan bahawa beliau memahami perasaan rakyat yang khuatir dengan keadaan yang akan terjadi kepada Malaysia sekiranya krisis yang berlaku terhadap negara berterusan ekoran daripada masalah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk tampil bersuara.

“Saya juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menumbangkan UMNO seperti yang dipintal oleh beberapa portal atas talian ekoran kenyataan Lim Kit Siang. Yang menjadi isu ialah kepimpinan Perdana Menteri, bukan UMNO.

“Saya percaya masalah kepimpinan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan dakwaan penglibatan beliau dalam beberapa skandal kewangan negara dikongsi oleh sebahagian besar rakyat di negara ini melampaui batas politik, ideologi atau kaum,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");