Panasnya Hari Ini

“Saya Yakin Parti Amanah Tidak Akan Bertahan Lama”- Hassan Mahmood

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahmood merasakan bahawa Parti Amanah tidak akan mampu untuk bertahan lama memandangkan ia berjuang atas dasar ‘tidak sebulu’ (selisih pendapat) antara pimpinan Pas dan bukannya atas dasar perjuangan.

Tambahnya penubuhan parti itu adalah hasil daripada serpihan pimpinan Pas terdahulu yang dikatakan tidak berpuas hati sehingga membawa kepada penubuhan Amanah.

“Banyak pengalaman menunjukkan jika sesebuah parti ditubuhkan kerana selisih pendapat dan bukan perjuangan, maka akan berlaku perpecahan dan kembali kepada parti asal atau sebaliknya.

“Namun ia bukan perkara pelik dan saya yakin parti Amanah tidak akan bertahan lama kerana ia wujud bukan berdasarkan perjuangan, tetapi lahir akibat perasaan tidak puas hati terhadap Pas itu sendiri,” katanya memetik sumber sinar harian.

Ujarnya lagi,isu berhubung tindakan Datuk Husam Musa yang secara terang-terangan mengkritik pemerintahan Pas Kelantan akan diserahkan kepada Pas Pusat.

“Dewan Ulama menyokong penuh apa juga tindakan terhadap Husam yang akan diambil oleh jawatankuasa tatatertib untuk kebaikan bersama.

“Saya yakin dan percaya, Husam seorang yang berpegang kepada perjuangan Pas dan tidak akan mudah berubah. Namun saya harap dia dapat mengubah caranya menegur pimpinan Pas Kelantan,” katanya.

Jelas Hassan lagi, sebarang perkara yang ingin dibincang atau disuarakan boleh menghadiri mesyuarat itu termasuk Husam sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");