Panasnya Hari Ini

Semua Kementerian Bekerjasama Pastikan Kawasan Pelancongan Selamat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan bekerjasama dengan semua kementerian untuk mendapatkan perkembangan terkini dan sebarang tindakan mengenai amaran isu pengganas yang dikeluarkan kerajaan Australia.

Menurut Timbalan menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin langkah itu bagi memastikan tahap keselamatan negara terutama kawasan pelancongan berada dalam keadaan selamat.

“Setakat ini kita tidak ada mendengar sebarang maklumat mengenai perkara tersebut namun akan sentiasa mengemas kini sebarang maklumat dengan semua kementerian mengenai hal berkenaan. Kerjasama semua kementerian buang trauma pelancong ke Malaysia.

“Kita harap isu ini tidak menimbulkan panik dalam kalangan rakyat Malaysia apatah lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan tentang keselamatan. Jangan bimbang kerana keadaan semua seperti biasa. Kita sudah mulakan 2016 dengan baik untuk pelancong datang dan pastinya rakyat perlu mainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing,” katanya memetik laporan Awani.

Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran pemerintah Australia kepada rakyatnya yang berada di Malaysia untuk berwaspada dengan ancaman pengganas yang berkemungkinan berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan itu lagi, ancaman serangan itu mungkin menyasarkan kawasan yang sering dikunjungi warga asing khususnya pelancong Barat.

Australia menasihatkan rakyatnya agar mengambil langkah berhati-hati di seluruh Malaysia, dengan mengelakkan perjalanan ke timur Sabah termasuk pulau-pulau dan lokasi menyelam skuba.

New Zealand juga turut mengklasifikasikan perjalanan ke destinasi tersebut sebagai ‘berisiko tinggi’.

Sehubungan itu beliau merasa khuatir kenyataan itu bagi mengugat kemasukan pelancong ke negara ini.

“Kerana itu kita tidak mahu mana-mana pelancong terpengaruh dengan khabar yang tidak disahkan seumpama itu,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");