Panasnya Hari Ini

Sentiasa Utama Keselamatan Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sentiasa mengutamakan keselamatan rakyatnya dan juga tetamu dari luar negara terutama sekali di tempat-tempat yang dikunjungi ramai serta destinasi pelancongan.

Tegasnya, beliau tidak memandang ringan amaran dan nasihat negara-negara lain kepada rakyat mereka akan ancaman keganasan di Kuala Lumpur atau mana-mana kawasan di Malaysia.

“Negara-negara yang mempunyai maklumat mengenai ancaman keganasan di Malaysia disaran mengemukakannya kepada pihak berkuasa Malaysia dan tidak menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.

“Tidak pernah kita abaikan sebarang maklumat dan risikan yang kita terima,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman media sosial Facebooknya.

Dalam catatan itu juga, beliau telah menyatakan tentang tinjauan rondaan yang dilakukan bersama beberapa pihak lain.

“Saya bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin meninjau rondaan bersama Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan di kawasan Bukit Bintang semalam,” jelasnya.

Ujarnya, rondaan bersama itu akan diteruskan selama mana ia dirasakan perlu untuk dilakukan.

“Keselamatan dan keyakinan rakyat dan tetamu-tetamu kita dari luar negara akan sentiasa diutamakan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");