Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Shah Rukh Khan Akhirnya Terima Segulung Ijazah

KUALA LUMPUR: Pelakon Bollywood yang tidak asing lagi, Shah Rukh Khan akhirnya menerima ijazah beliau semalam, iaitu setelah 28 tahun menamatkan pengajian di Kolej Hansraj, New Delhi.

Pelakon terkenal itu akhirnya berkesempatan meluangkan masa menerima ijazahnya ketika berada di kota ini untuk melancarkan filem terbaru Yash Raj Film, berjudul Fan.

“Ini adalah saat yang sungguh istimewa buat saya. Saya kembali ke kolej yang saya tinggalkan pada 1988. Satu perkara saja yang kurang, anak-anak saya tiada kerana saya mahu tunjukkan kepada mereka setiap sudut kolej tempat saya belajar,” katanya memetik laporan Berita harian.

Sementara itu Pengetua Kolej Hansraj, Rama Sharma semasa menyampaikan ijazah berkongsi rasa bangganya terhadap pelajarnya itu berikutan kejayaan Shah Rukh Khan yang juga kini telah bergelar seorang bintang terkemuka.

Shah Rukh yang dilahirkan di Delhi, juga pernah menetap di kawasan bandar itu seperti Rajendra Nagar dan Gautam Nagar.

Beliau juga pernah menuntut di Sekolah St Columba dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Ekonomi dari Hansraj.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");