Isu Panas

Singkir Mukhriz bukan tikam belakang – Ahmad Bashah

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menegaskan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah oleh jentera parti itu bukan tikam belakang.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah baharu itu menyatakan perkara itu berlaku kerana jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) seluruh negeri mahukan perubahan.

“Bukan tikam belakang cuma kita perlu perubahan. Kalau saya seorang, itu kira saya tikam belakang.

“Yang ini semua jentera parti seluruh Kedah, kalau begitu maknanya semua tikam belakang dia (Mukhriz). Kita cuma perlu berubah,” katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama Mingguan Malaysia

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa majoriti rakyat Kedah marah dan kecewa dengan kemelut politik Kedah, Ahmad Bashah menyatakan kemarahan itu sebenarnya melibatkan kumpulan Mukhriz sahaja.

“Kalau rakyat di bawah dia tahu perubahan Menteri Besar berlaku berapa kali dah. Tapi yang penting sekali, kita kena bawa diri kita dekat dengan hati rakyat,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Rata pada masa sama turut menafikan bahawa dirinya akan menjadi ‘remote control’ oleh ‘orang Kuala Lumpur’ dalam menguruskan pentadbiran Kedah.

Menurutnya, sekiranya beliau tidak diberikan kepercayaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan melantiknya untuk memimpin Kedah.

“Hakikatnya Perdana Menteri yakin dan beri kepercayaan kepada saya.

“Saya takkan menjadi seperti robot, itu tuduhan melulu kerana saya kenal Perdana Menteri sejak zaman kami dalam Pemuda UMNO lagi. Perdana Menteri bukan bersikap seperti itu!,” tegasnya.-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");