Panasnya Hari Ini

Sirul Terpengaruh Dengan Tun M, Khairuddin, Mahfuz

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa terdapat pihak yang cuba untuk mempengaruhi bekas komando polis, Sirul Azhar Umar yang kini sedang berada dalam tahanan pihak imigresen Australia.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presidennya, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari yang mendakwa tindakan itu dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

“Tun M cuba berhubung bila cuba mengumpulkan keluarga Sirul. Yang kedua, saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa Australia bahawa Khairudin cuba berjumpa Sirul tapi tak dibenarkan oleh pihak berkuasa imigresen Australia.

“Yang ketiga adalah Mahfuz cuba hubungi Sirul untuk lakukan sesuatu,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas membuat laporan polis memetik sumber Freemalaysiatoday.

Zakwan menggesa agar pihak polis menyiasat perkara itu supaya ia tidak tambah meruncing.

“Bukan hanya Sirul sahaja yang ditahan, banyak rakyat Malaysia yang lain ditahan di luar negara..kenapa Tun M tak pergi jumpa kalau tidak ada niat?,” soalnya.

Beliau turut menggesa polis menyiasat mengenai laman web Sarawak Report yang berjaya memperoleh maklumat dokumen sulit berhubung rakaman percakapan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah (KPJ) Sirul dan ia telah dihebahkan kepada awam.

“Saya telah membuat beberapa pemeriksaan di mana saya mendapati bahawa kenyataan 113 KPJ Sirul ini tidak ditender di mahkamah ketika perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu..kenyataan tersebut adalah sulit.

“Kita minta supaya pihak polis menjalankan siasatan bagaimana Sarawak Report boleh memperolehi dokumen Seksyen 113 KPJ ini daripada pihak-pihak berkenaan,” tegasnya.

Tambahnya dokumen tersebut hanya boleh terbocor dalam tiga situasi iaitu di peringkat Peguam Negara, simpanan polis dan semasa perjalanan perbicaraan mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");