Sukan Hari Ini

Slot ketujuh Rio

SKUAD terjun negara meneruskan aksi cemerlang selepas menempah slot ketujuh ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos.

Gandingan Cheong Jun Hoong dan Nur Dhabitah, yang sudah pun layak ke Rio, menamatkan saingan di tempat lima daripada 12 pasangan dalam acara 3m papan anjal seirama wanita selepas mengutip 301.50 mata pada Piala Dunia Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina) 2016 di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio, semalam.

Skuad terjun negara sebelum itu menempah slot keenam ke Sukan Olimpik Rio selepas Pandelela Rinong dan Cheong memenangi pingat perak acara 10m platform seirama wanita, kelmarin.

Malaysia sudah menempah lima slot individu ke Sukan Olimpik 2016 menerusi Ooi Tze Liang (3m papan anjal dan 10m platform lelaki), Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal wanita), Nur Dhabitah Sabri (10m platform wanita) dan Pandelela Rinong dalam acara 10m platform wanita, tahun lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");