Panasnya Hari Ini

Sokong Ambil Yang Halal Dan Sah, Hantar Balik Yang Haram – Blogger

KUALA LUMPUR: Blogger Politik, Parpurkari.blogspot.com hari ini menyatakan sokongan terhadap pengambilan 1.5 juta pekerja asing secara berperingkat untuk memenuhi permintaan industri di negara ini.

Ujarnya, negara sememangnya memerlukan pekerja asing untuk mengisi keperluan pekerjaan dalam sektor-sektor pekerjaan 3D ‘Difficult, Dirty, and Dangerous’ (Sukar, Kotor, dan Berbahaya).

Tegasnya, seperti yang sedia maklum, pekerjaan dalam bidang ini tidak mendapat sambutan daripada rakyat tempatan dan disebabkan itu, pihak industri terpaksa membuka peluang kepada pekerja asing.

“Aku sendiri ada kawan-kawan dalam pelbagai sektor industri dan mereka memang menghadapi masalah pekerja. Orang kita ni cakap memang hebat bila tiba tang (bab) kerja berat dan kotor ni semua memang takkan buat punya la.

“Jadi, jangan jadi munafik dan nak cakap banyak la, kita memang perlukan pekerja asing untuk sektor-sektor tersebut. Mereka bukan datang sini untuk nak jadi warganegara. Mereka datang untuk buat kerja sahaja,” katanya.

Katanya lagi, kedatangan pekerja asing berkenaan bukan secara sekaligus, namun dilakukan secara berperingkat.

Namun begitu, beliau tetap tidak bersetuju dengan program pemutihan yang menurutnya akan membuatkan negara ini rosak.

“Apa yang merisaukan aku adalah program pemutihan yang akan merosakkan negara hanya untuk kayakan MYEG! Aku tetap tak mahu pemutihan dilakukan terutamanya dengan mempergunakan MYEG,” tegasnya.

Justeru, beliau berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat satu keputusan yang tepat berhubung perkara berkenaan dengan menghantar balik kesemua pendatang atau pekerja asing yang haram dan hanya mengambil pekerja asing yang sah.

Jelasnya terdapat sekitar atau lebih dua juta pekerja asing haram yang sedang bekerja di negara ini dan kesemua mereka harus dihantar pulang.

“Mudah sahaja, kerajaan kena hantar balik semua pendatang haram yang sedia ada yang dikhabarkan ada sekitar dua juta atau lebih itu dan ambil pekerja Bangladesh secara sah dan boleh dipantau,” katanya lagi.

Terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan bahawa pengambil 1.5 juta pekerja asing akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memenuhi keperluan pekerja dalam industri-industri tertentu di negara ini.

Ia turut menimbulkan reaksi dan persepsi daripada pelbagai pihak dengan cadangan tersebut yang dirasakan mendatangkan impak positif dan juga negatif.

Pemain industri di negara ini menyambut baik dengan cadangan berkenaan berikutan ia mampu menampung kekurangan daripada segi tenaga kerja yang diperlukan.

Namun, cadangan berkenaan juga mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat tempatan yang menyatakan bahawa pengambilan tersebut berkemungkinan akan memberikan keburukan dan menyebabkan pelbagai masalah di kemudian hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");