Panasnya Hari Ini

SPRM Hadapi Cabaran Berat, Tidak Boleh Dedah Maklumat Tertentu

KUALA LUMPUR: Ramai orang menyifatkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyembunyikan sesuatu perkara daripada pengetahuan umum.

Namun sebaliknya, perkara yang sebenarnya berlaku adalah organisasi berkenaan menghadapi cabaran berat apabila terpaksa akur dengan halangan dan undang-undang untuk tidak mendedahkan perkara tertentu.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaacob berkata, wujud pelbagai persepsi daripada orang ramai ekoran daripada sekatan berkenaan.

Jelasnya, undang-undang tidak membenarkan organisasi tersebut untuk mendedahkan sesuatu perkara pada waktu tertentu.

“Tapi sebaik seseorang itu didakwa di mahkamah dan segalanya didedahkan, kami tidak lagi menyorokkan apa-apa. Namun orang ramai berpersepsi bahawa kami terlambat kerana mereka sudah tahu mengenainya,” katanya dalam satu temubual bersama stesen radio organisasi terbabit hari ini, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tegasnya, pihaknya hanya menjalankan tugas untuk mencegah rasuah dan bukannya mencari kesalahan individu tertentu.

“Dalam pencegahan rasuah ini kita punya kerja senang, kita nak mencegah rasuah, bukan nak cari salah orang. Kita cuma nak cegah rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan kehendak sebenar yang diinginkan oleh orang awam.

“Apakah kita nak menghukum orang tersebut sebelum dia didapati bersalah atau kita nak cari kebenaran?,” soalnya.

Jelasnya, pihak daripada Bahagian Komunikasi Strategik SPRM akan sedaya upaya menyampaikan segala maklumat kepada orang ramai supaya mereka memahami bahawa SPRM menjalankan tugas mengikut landasan dan lunas undang-undang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");