Jenayah

Stagg tahan 69 orang, rampas 762 komputer

SHAH ALAM – Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) berjaya menahan 69 orang dalam operasi berasingan yang dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan.

Kejayaan Stagg itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Selain itu, Stagg juga turut merampas 762 mesin komputer hasil daripada serbuan tersebut.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur judi di Sel/KL/JOH/NS tangkap 69 org dan rampas 762 comp. ?#?GoPDRMGo,” katanya.

Menerusi status sebelumnya, Khalid turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Stagg di atas kejayaan mereka dalam serbuan Ops Noda di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang berjaya membawa kepada tangkapan 124 orang tukang urut dan GRO.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");