Perak Hari Ini

Stesen Penyimpanan Gas Asli Bocor

TAIPING:Sebuah stesen penyimpanan gas asli dekat Kampung Setia di Kamunting dikesan mengalami masalah kebocoran gas jenis Mercaptance sekitar jam 6.14 petang semalam.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, pihak syarikat telah bertindak menuntup injap dari salah satu bahagian stesen tersebut yang didapati mengalami kebocoran.

Pihak stesen mendapati terdapat kebocoran yang melibatkan gas asli-natural.

Ujar sumber, pihak anggota penyelamat telah membuat pengesanan dengan menggunakan alat pengesan gas.

“Pasukan Hazmat telah memastikan bahan kimia tersebut dineutralkan dengan udara dari luar sehingga benar-benar selamat dari sebarang kebocoran,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 11.44 malam semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");