Sukan Hari Ini

Sturridge bakal mengganas

JORDAN Henderson berkeyakinan tinggi bahawa Daniel Sturridge mampu menemui kembali sentuhannya.

Sturridge yang terpaksa disisihkan dalam tempoh lama akibat kecederaan, meledak jaringan pertama The Reds ketika pasukan itu berpesta gol membelasah Aston Villa 6-0 pada pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park, Ahad lalu.

“Sturridge mampu mengubah tempo permainan. Dia tampil hebat dan garang sejak kembali berlatih.

“Semoga dia kekal cergas dan menghadirkan masalah buat pasukan lawan.

“Kehadirannya adalah bonus buat kami,” ujar Henderson.

Sturridge meledak 38 gol dalam 61 penampilan sejak menyertai Reds pada 2013.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");