Jenayah

Suami isteri parah langgar bumper kereta

Sungai Buloh: Suami isteri parah apabila motosikal yang ditunggang mereka melanggar bumper kereta yang terjatuh di atas jalan di Lebuh Raya Utara Selatan susur keluar Tol Hospital Sungai Buloh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6 pagi itu, seorang lagi penunggang motosikal turut cedera.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, ketiga-tiga mangsa difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mereka didapati melanggar bumper kereta yang terjatuh di atas jalan raya.

“Suami isteri yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");