Isu Panas

‘Sudah banyak petanda rakyat marah’

MUAR – Rakyat akan terus terbeban dan menderita jika kemelut dan masalah politik di negara ini tidak ditangani dengan segera.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, krisis politik dalaman pada masa kini menjadi pokok utama menyumbang kepada masalah negara.

“Politik jika dilihat pada hari ini semakin sesak. Ia berpunca daripada iklim politik yang tidak terurus. Ini boleh jadi penyumbang perpecahan negara sekali gus kepada rakyat.

“Masalah dalaman politik ini antaranya masalah korupsi dan kejatuhan ekonomi di mana rakyat bawahan menjadi mangsa terpaksa menanggung beban,” katanya.

Muhyiddin bimbang jika masalah itu tidak dipulihkan boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

“Malah, kalau dilihat pada hari ini pun, sudah banyak petanda menunjukkan rakyat marah,” katanya.

Beliau berkata, kemelut politik itu juga telah menyumbang kepada masalah negara di mana Malaysia mulai menjadi perhatian masyarakat luar akibat konflik yang berlaku.

“Status negara pun terancam kerana beberapa isu yang melibatkan pemimpin sendiri.

“Negara sekarang sudah tidak kukuh di mata dunia. Ini semua memberi kesan kepada rakyat. Negara terkenal dengan isu-isu seperti ini, maka rakyat juga berhadapan kesukaran, terutama jika melibatkan perniagaan dan pelaburan,” katanya ketika berucap pada Majlis

Penyampaian Bantuan Sumbangan Kebajikan, Parlimen Pagoh, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, ekonomi negara kini terjejas kerana masalah kepercayaan pelabur luar kepada negara.

“Dengan isu korupsi pada masa kini, bagaimana pelabur luar boleh percaya kepada kita? Apabila tiada pelabur, ekonomi akan merosot.

“Hari ini saya boleh katakan jika pelabur mahu melabur dalam negara pun, terpaksa fikir banyak kali kerana masalah yang timbul ini,” katanya.

Muhyiddin juga bimbang jika kemelut politik dan negara tidak diselesaikan dengan segera, rakyat akan berhadapan dengan cabaran yang lebih sukar pada masa akan datang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");