Perak Hari Ini

Sultan Perak Meriahkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2016

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2016 peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, di sini malam ini.

Turut berangkat, Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

PERAKTODAY5

Majlis tambah meriah dengan kehadiran Orang Kaya Bendahara negeri, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, barisan Exco Kerajaan Negeri serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazalie Jalal.

Sambutan kali ini juga turut menyaksikan kehadiran lebih 1,000 rakyat mewakili pelbagai kaum hadir meraikannya  dalam suasana penuh harmoni selain tetamu turut berpeluang menikmati hidangan masakan Cina.

Baginda berdua kemudiannya berkenan menyempurnakan lukisan monyet sebagai simbolik merasmikan pembukaan sambutan berkenaan di negeri ini sebelum Tuanku Zara berkenan menyampaikan ‘ang pau’ kepada anak-anak yatim pelbagai kaum.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Datuk Mah Hang Soon ketika berucap menyatakan bahawa sejak kemerdekaan, rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan hidup bermuafakat dan bertoleransi untuk menghadapi cabaran sebagai bangsa Malaysia.

“Setiap perayaan dari semua kaum dirai bersama oleh kita semua dengan penuh semangat muhibah. Perayaan sebegini menjadi budaya Malaysia dan ia merupakan satu keunikan serta daya tarikan dan kekaguman kepada para pelancong ke negara kita,” katanya.

PERAKTODAY2

Katanya lagi kepelbagaian budaya membolehkan rakyat berurusan dan berhubung rapat dengan tamadun utama iaitu Islam, Cina, India, Barat dan Nusantara.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan iaitu antaranya persembahan orkestra daripada  Sekolah Menengah Tsung Wah dan tarian kebudayaan daripada penari kebudayaan Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");