Membawang Hari Ini

Syura belum sedia rujuk dengan bekas suami

KUALA LUMPUR: Walaupun mengaku hubungan masih baik selepas bercerai, namun penyanyi, Syura, menegaskan dia belum bersedia untuk kembali rujuk dengan bekas suami.

Menurut penyanyi lagu Nazam Berkasih ini, buat masa sekarang, dia lebih senang hidup sendiri sambil membesarkan anak-anak.

“Saya akui bukan mudah menggalas status sebagai ibu tunggal. Kadang-kadang terpaksa tinggalkan anak-anak untuk mencari rezeki. Itu tak termasuk pandangan serong masyarakat.

“Bagaimanapun, semua itu saya tak hiraukan dan anak-anak menjadi kekuatan. Soal rujuk, biarlah dulu. Saya lebih senang bersendiri buat masa ini,” kata bekas juara MasterChef Selebriti musim kedua ini ketika ditemui selepas menjayakan konsert Gemilang Tanah Permata yang berlangsung di Istana Budaya, di sini, baru-baru ini.

Ditanya apakah ada lelaki yang cuba mendekatinya selepas dirinya kembali solo, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron ini mengakui situasi itu ada berlaku.

“Bohonglah kalau kata tiada yang berbuat begitu, tetapi saya tidak mahu fikirkan hal itu kerana fokus saya ketika ini adalah untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak,” ujar penyanyi berusia 29 tahun ini.

Syura berkahwin dengan sepupunya, Mohd Fadhly Md Yassin, pada Mac 2006 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irnadi, 9, Nurul Qaisara Sofia, 7, dan Muhammad Irfan Aryan, 5.

Pasangan ini pernah bercerai pada 29 September 2014 dan kembali rujuk pada 10 November tahun sama. Syura kemudiannya diceraikan buat kali kedua pada 19 Ogos tahun lalu.
-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");