Panasnya Hari Ini

Tabung Haji Nafi Beri Jaminan Korporat Kepada Syarikat THHE

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan bahawa syarikat itu bertindak memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

Menerusi kenyataan media dari Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Lembaga TH, orang ramai diminta tidak terpedaya dengan pelbagai dakwaan berdasarkan siri dokumen yang kini dipaparkan secara meluas di laman sosial.

“Tuduhan kononnya pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian RM1.4 bilion adalah tidak berasas.

“Sebagai pemegang saham terbesar dalam THHE yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH amat memahami pelbagai cabaran dihadapi industri berkenaan,” katanya memetik sumber berita harian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendakwa TH memohon Kementerian Kewangan untuk meluluskan jaminan korporat berjumlah AS$228.2 juta (RM963.9 juta) kepada THHE.

Permohonan itu difailkan menerusi satu surat yang bertarikh 12 November 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");