Panasnya Hari Ini

Tabung Haji Umum Tambahan Bonus

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus tahunan pendeposit sebanyak 5% dan tambahan Bonus Haji sebanyak 3% kepada para pendepositnya yang belum menunaikan haji.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi tahun kewangan 2015 di sini, hari ini.

Jelasnya, pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion, berbanding RM3.237 bilon pada 2014.

TH juga katanya mencatatkan keuntungan sebanyak RM3.35 bilion pada 2015, iaitu tertinggi sejak penubuhannya 52 tahun lalu.

Keuntungan TH tahun lalu itu juga ujarnya telah meningkat 19 peratus berbanding RM2.98 bilion pada 2014.

“Daripada jumlah keuntungan itu, sebanyak RM59.3 juta akan digunakan untuk membayar zakat manakala RM300 juta akan disimpan untuk rizab TH selepas mengambil kira nasihat Bank Negara Malaysia (BNM) dan keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Tambahnya lagi, TH menjadi sasaran kritikan selepas Bank Negara telah menghantar notis menegur penyusutan rizab dan nilai pelaburan yang merosot.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");