Perak Hari Ini

Tambah Pengetahuan Berhubung Isu Dadah – Peserta

PANGKOR: Bengkel Keluarga Bahagia Memperkasakan Agen Perubahan Masyarakat yang dianjurkan oleh PENGASIH Malaysia dapat memberikan pelbagai ilmu termasuklah berkaitan isu penagihan dadah.

Melalui bengkel berkenaan, ia dapat memperkasakan para peserta dengan maklumat dan kemahiran agar dapat menjadi agen perubahan dalam keluarga sendiri dan masyarakat setempat.

Salah seorang peserta, Hanafiah Ismail, kesan daripada program tersebut adalah dari segi perubahan minda yang mana ia menjadikan peserta lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka termasuklah tentang isu penagihan dadah.

Katanya, program berkenaan seharusnya diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih besar.

“Kursus ini amat baik untuk diperkenalkan bukan sahaja diperingkat atasan malahan juga diperingkat bawahan.

“Kami 100 peratus bersetuju meminta agar program ini dijalankan secara besar-besaran,” katanya ketika ditemui di majlis penutupan bengkel berkenaan di sini, hari ini.

3 (2)

Seramai 50 peserta telah menyertai bengkel yang dijalankan selama tiga hari dua malam di Kejora Garden Resort di sini.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir sama Yang Dipertua PENGASIH Malaysia, Datuk Mohd Yunus Pathi Mohd.

Seorang lagi peserta yang merupakan guru kaunseling berkata, program sebegitu sangat bermanfaat dan memberikan satu ilmu yang tidak dapat diperolehi di tempat lain.

Ujarnya, program yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan tersebut dapat membuka minda para peserta disamping menjadikan mereka sebagai agen perubahan yang terbaik untuk ahli keluarga dan masyarakat setempat.

“Kami akan lakukan yang terbaik sebagai agen perubahan. Saya berharap agar program berkenaan dapat diteruskan di tempat-tempat lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan cadangan pembinaan rumah PENGASIH di kawasan kampung dapat disegerakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");