Isu Panas

Tatatertib perhalusi kes Husam

Kuala Lumpur: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib parti berikutan aduan pelanggaran disiplin.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat, hari ini, membuat keputusan menyerahkan semua aduan salah laku kepada Jawatankuasa Tatatertib parti yang dipengerusikan Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.

“Kami memohon kepada jawatankuasa itu supaya kes membabitkan Yang Dipertua Kawasan Kubang kerian yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Salor terbabit dipertimbangkan dan diputuskan dengan segera bagi mengelakkan kesan kurang baik, tohmahan berterusan yang merugikan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti di sini, hari ini.

Sebelum itu Tuan Ibrahim berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang maklum aduan tatatertib membabitkan Husam yang diterima daripada beberapa pihak.

Husam yang tewas pada pemilihan parti lalu kini sering mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka.

Malah, beliau juga muncul dalam program anjuran Parti Amanah Negara (PAN) dan menggunakan pentas berkenaan dengan memperlekehkan PAS sedangkan tindakan itu melanggar peraturan parti.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");