Berita Hari Ini

Teliti, tapis sebelum sebar

KUALA TERENGGANU – Seluruh kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang betul serta meneliti termasuk menapis terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima sebelum disampai atau disebarkan kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPNIN, Abdul Halim Omar berkata, tindakan meneliti dan menapis ini perlu dan penting dilakukan bagi memastikan maklumat berkenaan sahih dan tidak mengelirukan orang ramai.

“Kerana itu pentingnya kerja berpasukan perlu diterapkan dalam diri semua warga JPNIN selaku anggota perkhidmatan awam sekali gus mengamal dan melaksanakan kerja secara berpasukan dalam menjalankan setiap tugasan yang diamanahkan kerajaan,” katanya ketika membacakan teks ucapan Ketua Pengarah JPNIN, L. Gandesan pada Majlis Perutusan Tahun Baharu Ketua Pengarah JPNIN bersama Pegawai dan Kakitangan JPNIN Terengganu, di sini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPNIN, Siti Noor Baiti Mustafa dan Timbalan Pengarah JPNIN Terengganu, Sukri Omar.

Bercakap dalam majlis yang sama, pada tahun 2016 ini juga JPNIN akan memberi tumpuan pemerkasaan kepada 1,782 Kelas Tabika Perpaduan seluruh negara termasuk 72 kelas di Terengganu dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

“Ini adalah usaha untuk menjadikan kelas tabika perpaduan seluruh negara menjadi contoh terbaik kepada tabika yang lain,” jelasnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");