Panasnya Hari Ini

Terbit Buku Biografi Ayah, Fakta Mesti Tepat -Nik Abduh

Gambar:- Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz  menyambut baik terhadap cadangan yang diberikan oleh pihak tertentu untuk menerbitkan buku yang memaparkan kisah hidup ayahnya.

Namun begitu, beliau meminta pihak yang berkenaan untuk datang bertemu dengannya mahupun ahli keluarga yang lain untuk memperolehi fakta yang tepat berhubung perjuangan dan kisah kehidupan ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, beliau mengetahui mengenai cadangan berkenaan daripada sahabatnya dan sehingga kini, pihak yang berkenaan masih belum berjumpa dengannya atau ahli keluarga yang lain.

“Saya secara peribadi menyambut baik dengan usaha itu, tetapi mestilah berfakta, bukan rekaan atau penulis mendapatkan maklumat cakap-cakap orang di luar mengenai kehidupan arwah ayah,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Nik Abdul Aziz disahkan meninggal dunia pada bulan Februari tahun lalu di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat Kota Bharu.

Pemergian Allahyarham pada usia 84 tahun itu disahkan Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Dr. Jafri Malim Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");