Sukan Hari Ini

‘Terlajak Laris’ intai peluang taja Terengganu

SETELAH berpatah arang dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) nampaknya jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sedang mengintai untuk menaja pasukanTerengganu.

Aliff yang merupakan pengasas produk kosmetik serta kesihatan terkenal, D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs) berkata, selepas jodohnnya tidak sampai dengan Kedah, beliau kini sedang mendekati Terengganu.

“Sebenarnya, secara jujur saya melihat potensi yang besar pada Terengganu.

“Saya datang sini pun baru nak menjalinkan hubungan erat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, kerajaan negeri dan juga pasukan,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis pelancaran Tabung Pembangunan Sukan Negeri Terengganu di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

Aliff yang popular dengan jolokan ‘Abang Terlajak Laris’ memaklumkan, pihaknya sedang mengintai prospek tajaan dan pulangan yang mampu dipulangkan Terengganu kepada perniagaannya.

“Kita pun nak tengok prospek apa kan? Tapi ya, saya akui Terenggani sangat menarik untuk ditaja.

“Apa- apa pun saya belum ada sebarang kata putus. Kita tunggulah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika diminta mengulas berkenaan peluang ditaja D’herbs berkata, beliau berharap jutawan kosmetik itu berminat untuk menaja pasukan Terengganu.

“Belum lagi tapi kita (Terengganu) harap Aliff sudi beri sumbangan,” katanya.

Aliff sebelum ini mendedahkan sedang mengenal pasti pasukan yang sesuai untuk ditaja termasuk Terengganu, Pahang, Felda United (Liga Super) dan Negeri Sembilan (Liga Perdana).

Februari lalu, Aliff mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bagi membincangkan tentang penajaan pasukan Kedah susulan KFA memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM30 juta musim ini bagi memastikan pelbagai program pembangunan bola sepak yang dirancang berjalan lancar.

Bagaimanapun, difahamkan penajaan itu terbatal selepas krisis pentadbiran dan politik yang melanda Kedah yang menyaksikan Mukhriz melepaskan jawatan Menteri Besar dan Presiden KFA.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");