Sukan Hari Ini

‘Terlajak Laris’ merajuk dengan Tok Gajah

KUALA LUMPUR: Pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui ‘merajuk’ dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas gagal mendapatkan persetujuan menaja skuad Tok Gajah pada saat akhir.

Dia yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu turut menjelaskan mungkin beralih arah untuk menaja satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Terengganu jika konflik dengan Tok Gajah gagal diselesaikan.

Keadaan itu juga sekali gus menamatkan spekulasi betapa FELDA United dan Negeri Sembilan berada dalam radar usahawan terkenal itu sebagai pasukan yang akan ditajanya.

“Saya merajuk dengan Pahang dan mungkin beralih arah kepada Terengganu.

Saya rakyat negeri Pahang, tetapi mereka tidak boleh bagi apa yang saya minta, tetapi Terengganu dilihat sedia menunaikan permintaan itu.

“Sepatutnya kontrak perjanjian saya dengan Pahang dimuktamadkan dua minggu lalu lagi, tetapi mereka (Pahang) gagal setuju dengan salah satu permintaan saya pada saat akhir.

“Sebenarnya sudah 99 peratus (kontrak) sudah lulus cuma ada benda yang mereka tidak setuju saat akhir. Apapun, saya masih tunggu jawapan dari Pahang namun kecewa dengan tindakan mereka,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, Aliff turut gagal mendapatkan persetujuan dengan juara Piala Malaysia, Selangor yang juga membabitkan syarat dimintanya selain membuat pusingan U dari menaja Kedah selepas berlaku pertukaran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA).

Ketika ditanya mengenai permintaan yang gagal dipersetujui Pahang itu, Aliff menegaskan bukan masanya lagi untuk beliau menjelaskan perkara terbabit kerana masih menunggu jawapan daripada skuad Tok Gajah.

Selain itu, Aliff turut mendedahkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sudah berjumpanya beberapa hari lalu dan mempelawa beliau untuk menjadi penaja skuad Penyu.

“Saya minat juga dengan Terengganu sebab MB (Menteri Besar) sudah jumpa saya sendiri dan melamar saya, malah dia memang betul-betul nampak komited.

“Saya juga difahamkan kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan besar untuk pembangunan sukan di negeri itu termasuk bola sepak, dan saya nampak prospek yang luas di sana,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");