Sukan Hari Ini

Tetap bawa keluarga ke Rio

London: Pelari jarak jauh Britain Mo Farah bertegas mahu membawa bersama keluarganya ketika dia mempertahankan gelaran Olimpik di Brazil tahun ini walaupun negara Amerika Selatan itu diancam virus Zika.

Farah memenangi emas Olimpik acara 5,000 dan 10,000 meter ketika temasya berlangsung di London empat tahun lalu dan dia dilabel sebagai antara atlet yang dijangka mampu membawa pulang pingat dari Rio.

Isterinya, Tania dan anak tirinya Rhianna berlari bersamanya ketika menyambut kejayaan atlet berkenaan dalam acara 10,000 meter di London 2012.

Justeru, Farah berkata, dia mahu menikmati saat-saat sedemikian di Rio dan bercakap di Glasgow menjelang Grand Prix Dalam Dewan yang bermula hari ini, dia berkata: “Bagi saya, Olimpik menyediakan sesuatu yang sangat menarik. Saya mahu menikmatinya bersama keluarga, tidak kira apa juga yang berlaku.

“Saya tidak sabar. Di London, perkara paling manis buat saya ialah apabila keluarga turut berlari bersama selepas tamat acara. Untuk melihat isteri dan anak perempuan saya bersama-sama sesuatu yang sangat luar biasa.

“Saya percaya keluarga sebahagian daripada diri saya dan mereka mahu berada di sana.

“Saya langsung tidak memikirkan perkara seperti itu (virus Zika). Saya mahu mereka berada di sana dan ia muktamad.”

Tetapi sama ada pesaing Farah dari Kenya akan layak ke Rio masih belum dapat dipastikan selepas negara timur Afrika itu sedang dipantau Agensi Anti Doping Dunia (WADA) selepas agensi berkenaan mengesyaki Jawatankuasa Olimpik Kenya tidak mengambil langkah tepat untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet mereka. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");