shadow

IPOH: Pasukan Bolasepak Perak The Bos Gaurus menerima tajaan sebanyak hampir RM7.8 juta daripada 44 syarikat dan agensi terpilih bagi musim kali ini.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pasukan Perak akan berusaha mempertingkatkan mutu permainan terutamanya dalam menghadapi perlawanan Liga Super musim ini dijangka bermula pada Februari ini.

5

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam PAFA sempena memperkenalkan barisan pasukan bolasepak Liga Super Negeri Perak ‘ The Bos Guurus’ musim 2016, pelancaran jersi rasmi ‘The Bos Gaurus’ dan penghormatan kepada para penaja.

3

Majlis Makan Malam PAFA itu telah dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau dalam ucapan perasmiannya berharap agar Perak berupaya melahirkan pemain berkaliber di peringkat negeri dan kebangsaan yang dipelopori oleh semua kaum.

“Sukan tidak hanya dimiliki oleh satu kaum dan saya mengharapkan satu hari nanti pasukan bolasepak Perak akan terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga merangkap pengurus pasukan The Bos Gaurus.

Tambah Puhat lagi, pasukan Perak pastinya akan terus memberikan komitmen selaku tuan rumah perlawanan bertemu pasukan Kelantan pada 13 Febuari depan menerusi saingan Liga super 2016 yang hanya berbaki 18 hari sahaja lagi.

Buat pertama kalinya, jersi baharu pasukan The Bos Gaurus dipertontonkan kepada semua dengan menampilkan corak warna rasmi negeri iaitu kuning dan jalur hitam rekaan khusus buat barisan pemain bagi musim ini.

8

Selain itu, Al-ikhsan juga turut menyumbang sebanyak RM500,000 melibatkan sumbangan berbentuk peralatan dan pakaian pemain.

Lembaga Air Perak tampil selaku penaja utama yang menyumbang sebanyak RM3 juta buat pasukan Perak kali ini.

1

Komen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *